Rabu, 13 Februari 2013

Penghantaran


Mulai dari Julai, 2012 pihak kami telah memulakan perkhidmatan untuk menghantar produk kami ke seluruh semenanjung (di luar Kelantan) dengan menggunakan perkhidmatan SKYNET.Ini adalah untuk memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk kami serta menjimatkan belanja. Berikut adalah senarai   kos untuk penghantaran bagi produk kami.


   kos penghantaran


Dapur Akok 2 pasang - RM 150 *

Dapur Akok 3 pasang - RM 170 *

Dapur Akok 4 pasang - RM 190 *


   terma & syarat


* Kos penghantaran di atas adalah untuk rujukan sahaja.  Ianya tertakluk kepada perubahan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak SKYNET.

** Kos penghantaran di atas adalah untuk dapur akok acuan bujur dan bulat sahaja.  Untuk dapur Kuih Jepun dan Kuih Chara, sila hubungi pihak kami terlebih dahulu. 

*** Pihak kami sedaya upaya akan menguruskan penghantaran pada hari yang sama bayaran ( sebelum jam 12.00 t/hari ) diterima.  Seandainya bayaran diterima( selepas jam 12.00 t/hari ), penghantaran akan diuruskan pada keesokan harinya.  dan bayaran yang diterima pada hari Jumaat, penghantaran akan diuruskan pada pagi Ahad ( untuk penghantaran ke negeri Pantai Timur ) dan Isnin ( untuk penghantaran ke negeri Pantai Barat ).

**** Tempoh penerimaan produk pada kebiasaannya adalah pada sebelah petang keesokan harinya, atau selewat-lewatnya 2-3 hari ( tertakluk kepada cuti am ).  Setelah produk diserahkan kepada pihak SKYNET, ianya di luar bidang kuasa kami.  Anda dinasihatkan untuk merujuk kod No. AWB yang diSMS kepada anda untuk dirujuk kepada pihak SKYNET jika timbul sebarang masalah.  

Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan