
Begitu juga sewaktu kuih akok sudah siap di masak. Jika menggunakan oven, anda harus tahu jangka masa yang betul untuk memastikan kuih akok benar-benar masak. Dan semestinya setiap kali anda membuka pintu oven, udara yang amat panas akan menerpa ke muka anda. Bagi kaum wanita yang menjaga penampilan diri, ini sesuatu yang amat tidak elok untuk kulit wajah anda. Dengan dapur akok ini, anda hanya perlu menggunakan penyepit sahaja!
Antara kelebihan dapur akok ini lagi, ianya boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah. Apatah lagi jika anda sudah mendapat tapak jualan di mana-mana, sama ada bazar Ramadhan, pasar tani, pasar malam, mahupun expo. Kelihatan di dalam gambar ini seorang usahawan wanita yang menggunakan dapur akok ini di pasar tani di kawasan Shah Alam. Jangkamasa masak, hanyalah lebih kurang 3 minit sahaja. Dan anda boleh terus membuka penutup acuan untuk melihat kuih akok sama ada masak atau tidak. Tanpa perlu 'memanaskan' wajah anda.
Namun, belia lelaki kita pun apa kurangnya. Sekarang ini, ramai belia-belia lelaki kita yang sudah pandai membuat kuih akok, sama ada di pelajari sediri atau mewarisi resipi mahu pun perniagaan dari orang tua mereka. Di mana ada usaha, di situ ada jalan. Rezeki Allah ada di mana-mana jua. Dalam foto di bawah kelihatan anak-anak muda kita mencari rezeki menggunakan dapur akok.
Dari segi penghantaran, kami menggunakan khidmat kaurier Skynet. Di mana ianya hanya mengambil masa antara 1 atau 2 hari sahaja untuk produk kami iaitu Dapur Akok tiba di depan pintu anda! Dan anda juga boleh mengesan secara online status penghantaran produk kami.