Selasa, 13 Februari 2018

Dapur Akok 2 Pasang


Dapur Akok 2 pasang

 Harga :

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 


Bilangan lubang:
14 biji
Material acuan:
Aluminium
Material Badan:
Stainless steel dan mild steel
Jangkamasa masak:
Lebih kurang 3-5 minit sahaja
Ukuran:
P ( 23 inci ) x T ( 30 inci )  x L ( 26 inci ) [ termasuk kaki ]


 keterangan :


Untuk mereka yang meminati perniagaan akok, sama ada yang baru bercadang untuk memulakan perniagaan, atau ingin menambahbaik perusahaan/perniagaan akok, iaitu menaiktaraf dari membakar akok menggunakan sabut atau arang, maka dapur akok yang menggunakan gas seperti di bawah adalah pilihan yang tepat bagi mereka.

Ini adalah kerana ianya senang digunakan, dan hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk membakar akok.  Ianya juga tidak menggunakan teknologi yang tinggi atau rumit untuk digunakan.  Malah, dengan saiznya yang agak kecil, ianya 'portable', atau senang digunakan di mana-mana sahaja.  Seperti di restoran, expo-expo, pasar malam, pasar tani malah di bazaar Ramadhan.  Ianya juga sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai tapak perniagaan sama ada gerai atau kiosk di tepi-tepi jalan  yang menjadi laluan utama orang ramai.

Satu lagi kelebihan dapur akok ini adalah, anda tidak perlu untuk menyalakan kesemua gas jika anda ingin membakar kuih akok dalam jumlah yang sedikit.  Berbanding dengan oven di mana anda perlu menyalakan kesemua gas untuk berfungsi.

Anda juga dapat menjimatkan kos anda berbanding menggunakan arang atau sabut di mana anda boleh mengawal penggunaan gas secara langsung.



Kaki dapur akok
Begitu juga, dapur akok ini mempunyai kaki yang boleh ditanggalkan, ini adalah untuk memudahkan ianya di bawa di dalam kenderaan untuk di bawa ke lokasi perniagaan.  Dan juga ianya memudahkan untuk anda jika mahu mengambilnya sendiri di bengkel kami.  Ia juga mempunyai roda untuk menyenangkan anda.



Acuan akok bulat
Kami juga menyediakan acuan akok yang berbentuk bulat.  Ini adalah untuk anda membuat kuih akok jagung manis.  Iaitu kuih akok yang mempunyai inti jagung manis.  Namun ianya tidak terhad kepada inti jagung manis sahaja.  Anda boleh menggunakan daya kreativiti anda seperti meletakkan inti sambal ikan bilis dan sebagainya.  Sebagai seorang peniagaan, anda pasti tahu, dengan mempelbagaikan hasil produk anda, bukan sahaja anda boleh menambah pasaran produk anda, malah anda juga boleh mempelbagaikan harga jualan kuih anda berdasarkan produk yang anda telah hasilkan.

Untuk mengetahui perbezaan lanjut antara dapur akok dan oven-oven yang lain sila baca artikel : [klik di sini]

Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan