Sabtu, 16 Februari 2013

Dapur akok, Dapur kuih/kueh Akok, Dapur Gas Akok, Dapur Bakar Akok

Dapur akok, Dapur kuih/kueh Akok, Dapur Gas Akok, Dapur Bakar Akok


Sebut sahaja kuih akok atau kueh akok, pasti semua orang akan kenal.  Makanan tradisional yang cukup terkenal di Kelantan dan Terengganu.  Kalau dahulu, secara tradisionalnya kuih akok dibakar menggunakan acuan tembaga, yang mana sabut dan tempurung menjadi sumber apinya.  Kini, sesuai dengan peredaran zaman, cara membakar kuih akok juga turut berubah.

 bakar kuih akok secara tradisional
Membakar akok secara tradisional 
(Foto dari blog Eyemeria.blogspot.com)
Apabila kuih muih mula menjadi semakin kormesial, apatah lagi dengan permintaan yang tinggi apabila datangnya bulan Ramadhan dan juga Hari Raya.  Teknologi pembikinan kuih juga terus berubah.  Apabila mesin pembancuh digunakan apabila membuat kuih muih dalam kapasiti yang tinggi, begitu juga dengan teknologi pembakaran, apabila oven mula diperkenalkan.   Semakin hari, teknologi pembakaran kuih termasuk kuih akok semakin berkembang.

  
oven bakar akok



Tentu semuanya masih ingat lagi dengan oven pembakar kuih yang berwarna hitam ini.    Ianya diletakkan di atas dapur gas biasa yang digunakan untuk memasak di dapur.   Nampak simple sahaja, namun dari dahulu dan sekarang pun,  ianya masih lagi digunakan untuk menambah pendapatan bagi kaum wanita, khususnya suri rumah.    Jangan hairan, jika di kampung-kampung masih ramai lagi yang menggunakannya, kerana ianya simple dan begitu mudah digunakan. Namun kekurangannya, ia pasti tidak akan dapat menampung permintaan yang tinggi.  Sehinggalah munculnya oven yang bersaiz besar, yang sesuai untuk Industi Kecil dan Sederhana.  


Akhirnya, oven yang berfungsi menggunakan elektrik dan gas mula diperkenalkan.  Ianya banyak digunakan oleh usahawan yang mengusahakan pelbagai jenis kuih muih termasuk roti dan kek.  Banyak jabatan-jabatan kerajaan yang telah mengambil inisiatif dalam membantu IKS yang terlibat dengan memberi bantuan peralatanOven Dapur Akok
seperti oven ini yang telah begitu banyak membantu meninggikan taraf sosio ekonomi, khususnya kepada penduduk di luar bandar.

Namun, sedikit sebanyak, ada kekurangan yang terdapat pada oven ini.  Mungkin pada permulaannya, cara penggunaannya harus dipelajari secara betul kerana ianya mempunyai dua sumber utama, iaitu elektrik dan gas.  Oven ini, fungsi utama elektrik adalah dari segi 'timer', iaitu jangkamasa dan juga pencucuhan gas.  Namun seringkali kedengaran, seandainya salah satu daripada 2 sumber utama tidak berfungsi, maka oven ini tidak akan dapat berfungsi secara sepenuhnya.   Dan begitu juga dari segi servis.   Oleh kerana oven ini mempunyai banyak peralatan elektronik, pengguna khususnya kaum wanita tidak berani serta tidak dapat untuk membaikinya 'on the spot', malah dikhuatiri kos untuk pembaikiannya adalah tinggi.  Kerana oven ini hanya boleh dibaiki oleh mereka yang pakar mengenainya sahaja.  Namun begitu, kerana kelebihannya dapat membakar pelbagai jenis kuih muih, kek dan roti serta kuih akok, maka ianya masih lagi tetap menjadi pilihan utama bagi mereka yang menjalankan perniagaan sama ada di kedai atau rumah.

Untuk mereka yang meminati perniagaan akok, sama ada yang baru bercadang untuk memulakan perniagaan, atau ingin menambahbaik perusahaan/perniagaan akok, iaitu menaiktaraf dari membakar akok menggunakan sabut atau arang, maka dapur akok yang menggunakan gas seperti di bawah adalah pilihan yang tepat bagi mereka.
dapur akok 4 pasang

Ini adalah kerana ianya senang digunakan, dan hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk membakar akok.  Ianya juga tidak menggunakan teknologi yang tinggi atau rumit untuk digunakan.  Malah, dengan saiznya yang agak kecil, ianya 'portable', atau senang digunakan di mana-mana sahaja.  Seperti di restoran, expo-expo, pasar malam, pasar tani malah di bazaar Ramadhan.  Ianya juga sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai tapak perniagaan sama ada gerai atau kiosk di tepi-tepi jalan  yang menjadi laluan utama orang ramai.


Satu lagi kelebihan dapur akok ini adalah, anda tidak perlu untuk menyalakan kesemua gas jika anda ingin membakar kuih akok dalam jumlah yang sedikit.  Berbanding dengan oven di mana anda perlu menyalakan kesemua gas untuk berfungsi.


Seandainya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dapur akok ini, sila klik butang 'Laman Utama'.

Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan