Khamis, 18 April 2013

Skynet Shipment Tracking

Untuk kemudahan pengguna, pihak kami sedang berusaha untuk memuatkan 'Skynet Shipment Tracking' widget di dalam 'sidebar' blog kami.  Oleh kerana kod HTML 'widget' atau tambahan ini terpaksa ditulis/dikodkan oleh pihak kami sendiri, kemungkinan besar ia akan mengambil sedikit masa untuk berfungsi sepenuhnya.  Namun begitu, para pelanggan kami boleh sentiasa mencubanya dari masa ke semasa.

Tujuan pihak kami memuatkan 'Skynet Shipment Tracking' ini adalah untuk memudahkan pelanggan kami menjejaki produk kami iaitu dapur akok yang dihantar kepada pelanggan.  Apabila pihak kami menghantar sms yang mengandungi no Kod AWB  kepada anda, sedikit tempoh masa diperlukan,  untuk pihak Skynet memasukan data ke dalam sistem komputer mereka untuk tujuan 'tracking' barangan anda.

Seandainya terdapat sebarang masalah di dalam menggunakan widget 'Skynet Shipment Tracking' ( dalam tempoh percubaan ), adalah diharapkan para pelanggan dapat menghubungi pihak Skynet yang paling hampir  untuk status barangan anda.


Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan