Dapur Akok 2 Pasang

Dapur Akok 2 Pasang

Dapur Akok 2 Pasang - Dapur akok bersaiz kecil.

Dapur Akok 3 Pasang

Dapur Akok 3 Pasang

Dapur Akok 3 Pasang - Dapur Akok bersaiz sederhana.

Dapur Akok 4 Pasang

Dapur Akok 4 Pasang

Dapur Akok 4 Pasang - Dapur Akok bersaiz besar.

Sekitar rakaman rancangan memasak untuk TV Al_Hijrah

Sekitar Rakaman Demonstrasi Menggunakan Dapur Akok

Foto-foto sekitar rakaman demonstrasi menggunakan dapur akok untuk sebuah rancangan memasak sempena bulan Ramadhan nanti

Rabu, 20 Februari 2013

Langkah-langkah Menambah Pendapatan Menggunakan Dapur Akok

Menjalankan perniagaan berasaskan produk makanan adalah sesuatu yang menguntungkan.  Apatah lagi perniagaan makanan merupakan satu industri utama di dalam IKS.  Berikut saya catatkan antara langkah-langkah yang telah digunapakai oleh pelanggan saya dalam memajukan perniagaan kuih akok mereka.

1. Anda nak kaya?  Jika anda bersemangat begitu dan sering berkata dan berangan-angan sebegitu, anda sebenarnya sudah berada di landasan yang betul.  Cuma, anda harus sedar, anda SEBENARNYA hanya berniat untuk nak kaya, tetapi bukan MENJADI KAYA!  Anda sepatutnya menyemai kata-kata saya BERJAYA dan KAYA!  Ingat, apa yang kita ucapkan merupakan satu doa.  Dan Allah memberikan apa yang kita fikirkan dan apa yang kita mahukan.  

2.  Jangan hanya berangan-angan untuk memulakan perniagaan ini.  Tetapi anda harus lakukannya.  Kerana usahawan yang berjaya adalah usahawan yang melakukan sesuatu dan bukan sekadar berangan-angan sahaja.

3.  Luaskan daya kreativiti anda. 

Jika anda sudah memiliki dapur akok.  Jangan berfikiran di dalam kotak sahaja.  Gunakan daya kreativiti anda untuk mencuba pelbagai resepi baru menggunakan dapur akok, bagi menghasilkan kuih akok yang ekslusif.  Sebagai contoh ada seorang pelanggan kami, iaitu Pakcik Osman dari Kemaman yang mencipta resepi baru yang menggunakan bahan-bahan seperti makaroni dan sambal ikan bilis di dalam resepi beliau.  Jadi, jangan terhad kepada kuih akok sahaja.  Anda harus berani mencuba resepi yang baru.

4.  Perluaskan lokasi perniagaan anda.

     Seorang pelanggan kami pula mempunyai idea yang berbeza.  Beliau seringkali menambah bilangan dapur akok 2 pasang.  Strategi beliau adalah, dengan mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk perniagaan akok.  Kemudian beliau hanya mengambil pekerja untuk menggunakan dapur akok di setiap lokasi.  Tugas beliau hanyalah menyediakan adunan di dalam tong sahaja untuk dihantar kepada pekerja beliau.  Kelebihan startegi beliau adalah, apabila tiba bulan Ramadhan, beliau sedaya upaya cuba mendapatkan seberapa banyak tapak perniagaan di bazar Ramadhan yang berbeza.  Oleh itu, setiap dapur akok yang beliau miliki akan membawa keuntungan kepada beliau.

5. Jangan hanya menunggu pelanggan datang.

    Kita sering kali melihat kebanyakan peniaga akok atau sebarang kuih yang lain kebiasaanya hanya menunggu pelanggan datang ke kedai.  Ini perkara yang biasa kita lihat.  Namun ada seorang pelanggan saya yang setiap kali hampir tiba bulan Ramadhan, beliau akan berjumpa dengan pegawai hotel yang bertugas di bahagian FnV ( Food and Beverage ).  Dan beliau akan menawarkan kuih akok untuk pihak hotel sediakan untuk buffet berbuka puasa.  Ini adalah satu langkah yang bijak.  Seandainya, satu hotel mahu membeli 2000 biji akok setiap hari, cuba bayangkan untuk sebulan berpuasa, dan bayangkan lagi jika anda cuma mendapat 5 buah hotel.  Kalau 10 buah hotel?

6. Akok vs Pizza ?

       Baru-baru ini, saya dikunjungi seorang pelanggan lama.  Alhamdulillah, nampak gayanya, perniagaan akok beliau bertambah maju.   Namun yang menarik perhatian saya ialah, ideanya untuk membuat penghantaran kuih akok sebagaimana yang dilakukan oleh perniagaan pizza.  Idea ini bagus, kerana ianya dapat meluaskan perniagaan/pemasaran  kuih akok anda.   Anda boleh menghantarnya dari rumah ke rumah atau ke pejabat-pejabat.  Yang pasti, jika anda berminat untuk melakukan idea ini, anda haruslah membuat kajian, berapakah harga pizza yang dihantar, dan berapa pula pesanan minimum yang perlu pelanggan anda pesan untuk akok anda.

7. Jenama Akok

     Apa ada pada nama ? Itu yang sering kita dengar.  Namun tahukah anda, setiap yang ada di dunia ini mempunyai nama?  Begitu lah pentingnya nama!  Jika kita sebut ubat gigi, jenama apakah yang terbayang di fikiran anda?  Jika kita sebut minuman tongkat ali, jenama apa pula yang pertama sekali muncul di fikiran anda?

     Begitu juga sepatutnya yang anda lakukan pada akok anda.  Pilih satu jenama yang paling sesuai dengan akok anda.  Dan anda harus promosikan jenama akok anda tersebut agar ianya melekat di fikiran  pelanggan anda.

     Jika anda minat bola, tentu anda ingat perkataan ini, 'Ajis nasi lemak...' !  Mengapa tidak anda jadikan jenama akok anda dipromosikan di mana-mana tempat/majlis yang bersesuaian?  Semuanya terletak pada kreativiti anda sahaja.

8.  Banyakan Bersedekah!


     Sebagai umat Islam, kita harus percaya kepada amalan bersedekah.  Ganjarannya 700 kali ganda.  Sebagai contoh, jika anda bersedekah RM1, anda akan dibalas RM700.

     Saya mempunyai seorang pelanggan yang mengamalkan sedekah ini.  Kisah ini pun bukan diceritakan oleh yang empunya diri, tetapi oleh rakan rapatnya.  Apa yang dilakukan oleh pelanggan saya ini, setiap pagi Jumaat, beliau akan membakar antara 200 - 300 biji akok dan akan disedekahkan kepada masjid sewaktu solat Jumaat.  Selain dari niat bersedekah, secara tidak langsung, beliau mempromosikan kuih akok beliau.  Secara logiknya jika beliau bersedekah 300 biji, jika didarab dengan 700, maka beliau akan mendapat 210,000 biji ( yang terjual ) sebagai ganjaran.  Mungkin mustahil jika beliau mendapat tempahan akok sebanyak 210,000 sekali gus,   tetapi kita harus percaya, ganjarannya pasti ada!  Mungkin tempahannya akan bertambah setiap bulan atau ada tempahan untuk majlis atau acara-acara tertentu.  Yang penting kita harus yakin, Allah mempunyai pelbagai cara untuk membalasnya!

Sabtu, 16 Februari 2013

Galeri Foto Dapur Akok


kedai jual kuih akokSebuah kedai di Pasir Mas yang khusus dalam menjual kuih akok.  Iaitu kuih akok pandan, akok manisan dan akok jagung.            Untuk memastikan kebersihan semasa proses membuat kuih akok ini, telur harus dibasuh terlebih dahulu.   Kuih Akok Kelantan memang terkenal dengan rasa manisnya.  Dan petua untuk membeli kuih akok ialah, semakin banyak kedutnya, makin sedap rasanya.  Kerana akok yang berkedut memberi makna telur yang banyak digunakan dalam adunannya.  Akok yang 'sempurna' bentuknya biasanya mengandungi banyak tepung.                


adunan akok dituang ke dalam acuanMemang senang untuk mengisi adunan ke dalam acuan kuih akok.  Hanya menggunakan jug plastik sahaja.  Tidak seperti menggunakan acuan tembaga yang dibakar di dalam oven, anda perlu mengeluarkan acuan akok tembaga yang panas terlebih dahulu.  Kemudian adunan diisi, dan anda perlu berhati-hati untuk memasukkan semula acuan akok tembaga ke dalam oven.  Bagi kaum wanita ianya sesuatu yang agak sukar dan merbahaya, kerana ianya melibatkan sesuatu yang panas.




Berniaga akok di bazaar ramadhan di shah alam
Begitu juga sewaktu kuih akok sudah siap di masak. Jika menggunakan oven, anda harus tahu jangka masa yang betul untuk memastikan kuih akok benar-benar masak.  Dan semestinya setiap kali anda membuka pintu oven, udara yang amat panas akan menerpa ke muka anda.  Bagi kaum wanita yang menjaga penampilan diri, ini sesuatu yang amat tidak elok untuk kulit wajah anda.  Dengan dapur akok ini, anda hanya perlu menggunakan penyepit sahaja!


berniaga kuih akokberniaga kuih akok



Antara kelebihan dapur akok ini lagi, ianya boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah.  Apatah lagi jika anda sudah mendapat tapak jualan di mana-mana, sama ada bazar Ramadhan, pasar tani, pasar malam, mahupun expo. Kelihatan di dalam gambar ini seorang usahawan wanita yang menggunakan dapur akok ini di pasar tani di kawasan Shah Alam.  Jangkamasa masak, hanyalah lebih kurang 3 minit sahaja.  Dan anda boleh terus membuka penutup acuan untuk melihat kuih akok sama ada masak atau tidak.  Tanpa perlu 'memanaskan' wajah anda.

Namun, belia lelaki kita pun apa kurangnya.  Sekarang ini, ramai belia-belia lelaki kita yang sudah pandai membuat kuih akok, sama ada di pelajari sediri atau mewarisi resipi mahu pun perniagaan dari orang tua mereka.  Di mana ada usaha, di situ ada jalan.  Rezeki Allah ada di mana-mana jua.  Dalam foto di bawah kelihatan anak-anak muda kita mencari rezeki menggunakan dapur akok.

Dari segi penghantaran, kami menggunakan khidmat kaurier Skynet.  Di mana ianya hanya mengambil masa antara 1 atau 2 hari sahaja untuk produk kami iaitu Dapur Akok tiba di depan pintu anda!  Dan anda juga boleh mengesan secara online status penghantaran produk kami.

Dapur akok, Dapur kuih/kueh Akok, Dapur Gas Akok, Dapur Bakar Akok

Dapur akok, Dapur kuih/kueh Akok, Dapur Gas Akok, Dapur Bakar Akok


Sebut sahaja kuih akok atau kueh akok, pasti semua orang akan kenal.  Makanan tradisional yang cukup terkenal di Kelantan dan Terengganu.  Kalau dahulu, secara tradisionalnya kuih akok dibakar menggunakan acuan tembaga, yang mana sabut dan tempurung menjadi sumber apinya.  Kini, sesuai dengan peredaran zaman, cara membakar kuih akok juga turut berubah.

 bakar kuih akok secara tradisional
Membakar akok secara tradisional 
(Foto dari blog Eyemeria.blogspot.com)
Apabila kuih muih mula menjadi semakin kormesial, apatah lagi dengan permintaan yang tinggi apabila datangnya bulan Ramadhan dan juga Hari Raya.  Teknologi pembikinan kuih juga terus berubah.  Apabila mesin pembancuh digunakan apabila membuat kuih muih dalam kapasiti yang tinggi, begitu juga dengan teknologi pembakaran, apabila oven mula diperkenalkan.   Semakin hari, teknologi pembakaran kuih termasuk kuih akok semakin berkembang.

  
oven bakar akok



Tentu semuanya masih ingat lagi dengan oven pembakar kuih yang berwarna hitam ini.    Ianya diletakkan di atas dapur gas biasa yang digunakan untuk memasak di dapur.   Nampak simple sahaja, namun dari dahulu dan sekarang pun,  ianya masih lagi digunakan untuk menambah pendapatan bagi kaum wanita, khususnya suri rumah.    Jangan hairan, jika di kampung-kampung masih ramai lagi yang menggunakannya, kerana ianya simple dan begitu mudah digunakan. Namun kekurangannya, ia pasti tidak akan dapat menampung permintaan yang tinggi.  Sehinggalah munculnya oven yang bersaiz besar, yang sesuai untuk Industi Kecil dan Sederhana.  


Akhirnya, oven yang berfungsi menggunakan elektrik dan gas mula diperkenalkan.  Ianya banyak digunakan oleh usahawan yang mengusahakan pelbagai jenis kuih muih termasuk roti dan kek.  Banyak jabatan-jabatan kerajaan yang telah mengambil inisiatif dalam membantu IKS yang terlibat dengan memberi bantuan peralatanOven Dapur Akok
seperti oven ini yang telah begitu banyak membantu meninggikan taraf sosio ekonomi, khususnya kepada penduduk di luar bandar.

Namun, sedikit sebanyak, ada kekurangan yang terdapat pada oven ini.  Mungkin pada permulaannya, cara penggunaannya harus dipelajari secara betul kerana ianya mempunyai dua sumber utama, iaitu elektrik dan gas.  Oven ini, fungsi utama elektrik adalah dari segi 'timer', iaitu jangkamasa dan juga pencucuhan gas.  Namun seringkali kedengaran, seandainya salah satu daripada 2 sumber utama tidak berfungsi, maka oven ini tidak akan dapat berfungsi secara sepenuhnya.   Dan begitu juga dari segi servis.   Oleh kerana oven ini mempunyai banyak peralatan elektronik, pengguna khususnya kaum wanita tidak berani serta tidak dapat untuk membaikinya 'on the spot', malah dikhuatiri kos untuk pembaikiannya adalah tinggi.  Kerana oven ini hanya boleh dibaiki oleh mereka yang pakar mengenainya sahaja.  Namun begitu, kerana kelebihannya dapat membakar pelbagai jenis kuih muih, kek dan roti serta kuih akok, maka ianya masih lagi tetap menjadi pilihan utama bagi mereka yang menjalankan perniagaan sama ada di kedai atau rumah.

Untuk mereka yang meminati perniagaan akok, sama ada yang baru bercadang untuk memulakan perniagaan, atau ingin menambahbaik perusahaan/perniagaan akok, iaitu menaiktaraf dari membakar akok menggunakan sabut atau arang, maka dapur akok yang menggunakan gas seperti di bawah adalah pilihan yang tepat bagi mereka.
dapur akok 4 pasang

Ini adalah kerana ianya senang digunakan, dan hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk membakar akok.  Ianya juga tidak menggunakan teknologi yang tinggi atau rumit untuk digunakan.  Malah, dengan saiznya yang agak kecil, ianya 'portable', atau senang digunakan di mana-mana sahaja.  Seperti di restoran, expo-expo, pasar malam, pasar tani malah di bazaar Ramadhan.  Ianya juga sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai tapak perniagaan sama ada gerai atau kiosk di tepi-tepi jalan  yang menjadi laluan utama orang ramai.


Satu lagi kelebihan dapur akok ini adalah, anda tidak perlu untuk menyalakan kesemua gas jika anda ingin membakar kuih akok dalam jumlah yang sedikit.  Berbanding dengan oven di mana anda perlu menyalakan kesemua gas untuk berfungsi.


Seandainya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dapur akok ini, sila klik butang 'Laman Utama'.

Jumaat, 15 Februari 2013

Jual kuih akok besarkan 11 anak

Jual kuih akok besarkan 11 anak
KUANTAN  - Kemahiran membuat akok yang dipelajari dari seorang rakan tidak disia-siakan Noria A Rahman, 60, demi menyara 11 anaknya selepas arwah suami meninggal dunia 12 tahun lalu.

Walaupun jualan kuih tradisi itu sudah dilakukan sejak 30 tahun lalu namun tanggungjawab besar sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak menguatkan lagi semangatnya.

Menurutnya, akok hasil air tangannya sudah terkenal di kawasan Beserah sehingga tidak menang tangan menguruskan tempahan.

“Tempahan semakin bertambah sehingga empat kali ganda  terutama pada bulan Ramadan selain dibuat untuk jualan di kedai milik anak.

“Saya anggap ini adalah rezeki anak-anak walaupun mereka sekarang sudah besar dan mempunyai keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini.

Noria berkata, setiap hari dia terpaksa menyediakan antara 300 hingga 400 biji kuih akok untuk dijual termasuk tempahan daripada peniaga tempatan.

Beliau berkata, disebabkan tempahan yang terlalu banyak terhadap kuih yang dihasilkan, ada ketikanya dia terpaksa menolak hingga menyebabkan pelanggannya kecewa.

Noria berkata, selain membuat kuih akok, dia juga turut menghasilkan kuih bakar dan ketupat daun palas yang turut mendapat permintaan menggalakkan setiap kali Ramadan dan Syawal selain hari biasa.

“Biasanya tempahan untuk ketupat daun palas terhad dan saya hanya menerima tempahan untuk menyambut Aidilfitri saja, setiap tahun antara 500 hingga 1,000 biji dihasilkan manakala 200 hingga 250 biji kuih bakar dihasilkan setiap hari.

“Setiap hari saya akan sediakan antara 50 hingga 70 biji, ketupat yang siap disimpan dalam peti sejuk dan mampu bertahan hingga dua bulan.

“Alhamdulillah, saya mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM100 sehari hasil jualan kuih yang dijual di bazar Ramadan baru-baru ini,” katanya yang di senarai di bawah program e-Kasih.

Noria turut berkongsi peristiwa pahit yang pernah menimpanya sekeluarga apabila kedai jualan akoknya terbakar pada tahun 2007.

Dalam kejadian berkenaan dia mengalami kerugian lebih RM70,000 apabila semua barangan termasuk kereta dan motosikal miliknya rentung menyebabkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

“Wang bantuan yang diperoleh saya kumpul untuk membeli semula peralatan membuat kuih itu.

“Walaupun perit, namun saya perlu kuat demi anak-anak,” katanya.

Khamis, 14 Februari 2013

Resepi Kuih Akok

Berikut adalah senarai laman web atau blog yang menyediakan resipi untuk membuat kuih akok :



 My Resipi: resepi Kuih Akok

http://www.myresipi.com
Bahan-bahan ( 36 biji ). 5 biji telur; 200 ml pati santan; 100 ml air; 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera; 30 gram ...



DAPUR KECIK: Resepi Kuih Akok

is-dapurkecik.blogspot.com
Resepi Kuih Akok. Assalamualaikum... Bulan posa ni kurang skit tempahan, so boleh lah nak mencuba resepi-resepi baru, semalam berjaya ...




Resepi Kuih Akok Berkedut Special | Blog Hairul

Resepi akok kedut
Resepi Kuih Akok Berkedut kiriman Puan Ummu Uwais. Jom kita cuba kuih special ini yang digemari oleh anak-anaknya.




Kongsi Resepi - Kuih Akok

resepi kuih akok
Kuih Akok Kuih yg sedap dan menepati citarasa....Sedap ...





Resepi Tok Wan : Akok Yang Lazat | blog terengganu

resepi kuih akok tok wan
Kuih Akok, amat sesuai di makan di petang-petang hari.nyum-nyum… Macam biasa Awee sertakan sekali Resepi Kuih Akok untuk korang ...




Azie Kitchen: Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap

kuih akok berkedut
Kuih Akok adalah kuih tradisional yang tersohor di negeri Che Siti Wan Kembang, .... 





Recipes today - Kuih Akok Tepung Beras - Resipi Citarasawan

kuih akok tepung beras
Sumber : resipi citarasawan 400ml santan pekat (1 biji kelapa) 1 cawan tepung beras 1/2 camt garam 5 biji telur itik 500g gula pasir (kurangkan jika tak suka ...





Resepi Akok Ringkas | Akok Triangle | Tinta Wan Anie ©

resipi akok ringkas
Ibu tercari-cari topik yang sesuai pagi ini, nampak gaya 'akok' sering muncul di fikiran jadi ibu buat keputusan untuk kongsikan resepi 'akok' ...





Resepi AKOK Kedut Fukuoka | ~ Yatie Chomeyl: Sushi cicah budu ~

resepi akok kedut sedap
Jadi, untuk yang mengidam nak makan AKOK tapi tak dapat balik beli kat Qelate, boleh lah try resepi ini. Di jamin sedap, lemak berkrim dan ...




Kongsi Resepi - Akok Kedut (versi Kelantan)

resepi kuih akok kelantan
Kuih Akok kedut ini sedap di makan waktu berbuka puasa.






Resepi Akok | Koleksi RESEPI SELERA4U

resepi akok lemak berkrim
Resepi Akok. Bahan-bahan : 5 biji telur - gred A. 200 ml santan pekat. 100 ml air. 2 kerek gula nisan - gila melaka. 30 gram tepung gandum ...






Menu: Akok Kelate dan Akok Kemboja

akok kelate akok kemboja
Resepi Akok Kemboja/Kueh Bombai Bahan2nya: telor satu mangkuk arcopal; tepong setengah mangkok; gula satu mangkok; santan pekat satu mangkok ...

Kuih akok ubah nasib keluarga

Kuih akok ubah nasib keluarga
KOTA BHARU 6 Okt. – Kuih akok sememangnya tidak asing lagi bagi penduduk negeri ini. Rasanya yang manis menyebabkan ia menjadi pilihan ramai termasuk ketika penganjuran majlis-majlis rasmi.

Permintaan yang sentiasa tinggi di pasaran menyebabkan semakin ramai khususnya golongan wanita, menceburi pembikinan kuih akok sama ada sepenuh masa ataupun secara sambilan, bagi menambahkan pendapatan keluarga.

Perkembangan itu juga menyaksikan pembikinan kuih akok yang sebelum ini dilakukan secara tradisional turut berubah menggunakan peralatan lebih moden dan mampu menghasilkan kuih dalam kuantiti lebih banyak pada waktu singkat.

Antara yang terlibat dalam pembuatan kuih tradisi masyarakat Kelantan itu ialah Nur Akilah Othman, 41, yang dibantu suaminya, Zainuddin Talib, 47, dari Wakaf Mek Zainab di sini.

Melihat potensi yang ada, pasangan berkenaan sanggup melabur sebanyak RM3,500 bagi membeli sebuah pembakar kuih akok terpakai untuk memudahkan proses pembakaran kuih tersebut yang secara tradisinya menggunakan sabut kelapa atau arang.

Sebenarnya, pembikinan kuih akok tidak memerlukan modal yang besar kerana bahan-bahan mentah yang diperlukan hanyalah telur, santan, tepung dan gula.

Selebihnya, bergantung kepada kemahiran si pembuat bagi menghasilkan kuih yang enak dan beraroma sehingga mampu menyebabkan pembeli kecur air liur.

“Pada mulanya, saya hanya membelanjakan RM50 untuk membeli bahan-bahan berkenaan dan memasaknya menggunakan ketuhar pembakar itu,” kata Nur Akilah dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut wanita itu, jika sebelum ini kuih akok hanya dihasilkan dalam perisa asli, namun bagi mempelbagaikan pilihan pembeli, dia turut menghasilkan kuih akok berperisa pandan sehingga mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM100 sehari.

Kata ibu kepada enam anak itu, berkat kesungguhan dan sambutan menggalakkan untuk kuih akoknya itu, dia kini terpaksa menukar rutin kehidupannya yang sebelum ini hanya mengasuh anak-anak dan bergantung hidup kepada pendapatan tidak menentu suami sebagai tukang cincin.

“Bermula pukul 11 pagi, saya mengadun sendiri bancuhan akok dan memasaknya sehingga pukul 3 petang sampailah kuih akok habis dijual,” katanya yang menjual pada harga RM2 untuk tujuh biji kuih berkenaan.

Nur Akilah mengakui, permintaan terhadap kuih akok agak luar biasa pada setiap kali bulan Ramadan kerana pada bulan puasa lalu, dia perlu menyediakan lebih 2,000 biji kuih setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Saya bersyukur diberi rezeki dengan mengusahakan kuih akok dan dapatlah menanggung perbelanjaan keluarga serta pelajaran anak-anak. Suami saya juga tidak lagi mengambil upah membuat cincin perak sebaliknya membantu memasak kuih akok,” jelasnya.

Seorang lagi pengusaha kuih akok, Sarinah Ismail 40, dari Kampung Salor dekat sini pula mewarisi kemahiran membuat kuih berkenaan daripada ibunya, Majnah Ibrahim, 60, dan mengambil alih kerja menjual kuih tersebut yang dimulakan oleh arwah ayahnya hampir 30 tahun lalu.

Sarinah yang lebih gemar menghasilkan kuih akok berperisa asli memberitahu, kuih akok buatannya hasil adunan telur, santan dan tepung sahaja.

“Saya mengambil alih membuat kuih akok ini kira -kira setahun lalu apabila balik ke kampung selepas berhijrah ke Johor beberapa tahun lalu. Setiap hari saya membancuh adunan 300 biji telur yang boleh menghasilkan kira-kira 800 biji kuih akok.

“Pada bulan Ramadan, saya memasak kuih menggunakan lebih 1,000 biji telur dan ketika itu kami memang tak menang tangan,” katanya yang turut mendapat bantuan suami, Rosmiza Ghazali, 42, ibunya dan dua pekerja.

Menurut Sarinah, dia mula membancuh adunan kuih kira-kira pukul 8.30 pagi dan memasaknya dengan menggunakan 18 buah dapur arang semata-mata untuk mengekalkan aroma asli kuih berkenaan.

Jelasnya, dia menjual sebungkus kuih akok mengandungi 100 biji pada harga RM35 dan sambutan yang diterima setakat ini sangat menggalakkan, terutama pada bulan puasa lalu.
Sarinah melahirkan rasa syukur kerana perusahaan kuih itu mampu memberi pendapatan lumayan kepada mereka sekeluarga dan dia berhasrat mengembangkan lagi perniagaan tersebut pada masa hadapan.

Rabu, 13 Februari 2013

Penghantaran


Mulai dari Julai, 2012 pihak kami telah memulakan perkhidmatan untuk menghantar produk kami ke seluruh semenanjung (di luar Kelantan) dengan menggunakan perkhidmatan SKYNET.Ini adalah untuk memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk kami serta menjimatkan belanja. Berikut adalah senarai   kos untuk penghantaran bagi produk kami.


   kos penghantaran


Dapur Akok 2 pasang - RM 150 *

Dapur Akok 3 pasang - RM 170 *

Dapur Akok 4 pasang - RM 190 *


   terma & syarat


* Kos penghantaran di atas adalah untuk rujukan sahaja.  Ianya tertakluk kepada perubahan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak SKYNET.

** Kos penghantaran di atas adalah untuk dapur akok acuan bujur dan bulat sahaja.  Untuk dapur Kuih Jepun dan Kuih Chara, sila hubungi pihak kami terlebih dahulu. 

*** Pihak kami sedaya upaya akan menguruskan penghantaran pada hari yang sama bayaran ( sebelum jam 12.00 t/hari ) diterima.  Seandainya bayaran diterima( selepas jam 12.00 t/hari ), penghantaran akan diuruskan pada keesokan harinya.  dan bayaran yang diterima pada hari Jumaat, penghantaran akan diuruskan pada pagi Ahad ( untuk penghantaran ke negeri Pantai Timur ) dan Isnin ( untuk penghantaran ke negeri Pantai Barat ).

**** Tempoh penerimaan produk pada kebiasaannya adalah pada sebelah petang keesokan harinya, atau selewat-lewatnya 2-3 hari ( tertakluk kepada cuti am ).  Setelah produk diserahkan kepada pihak SKYNET, ianya di luar bidang kuasa kami.  Anda dinasihatkan untuk merujuk kod No. AWB yang diSMS kepada anda untuk dirujuk kepada pihak SKYNET jika timbul sebarang masalah.  

Lokasi


Pusat Jualan Dapur Akok (Az Do It Resources) 
KT0278787-D
Lot 2238, Kg. Kbg. Pak Amin,
17000 Pasir Mas,
Kelantan.

019-9668430
012-9647273
   
Jalan ke bengkel kami ( Jalan Pasir Mas - Tendong )

Ada pokok kurma dan tiang pemancar.
Pagar dah cat 'pink' sekarang !
Ada masa saya update picture.


Inilah bengkel kami.  


[update : 28 Ogos 2014]

Untuk makluman pengunjung blog dapur akok kami, pokok kurma sebagai penanda bengkel kami telah patah kerana dilanda ribut, dan begitu juga 'signboard' kami.

Kami amat berterimakasih kepada pengunjung blog kami yang telah berkunjung ke bengkel kami dan memberi pandangan yang baik pada kami berkenaan signboard kami.

Untuk memudahkan para pengunjung blog kami untuk datang ke bengkel kami, maka kami telah memasang signboard baru untuk kemudahan pengunjung semua.

Harap maklum.

Signboard Baru Bengkel Dapur akok
Signboad baru



Jumaat, 1 Februari 2013

Periuk Putu Halba



Periuk Putu Halba / Putu Piring

 Harga :

sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.


 spesifikasi produk :

Material:
Stainless Steel
Jumlah lubang:
 16
Saiz:
Akan diupdate

 penerangan produk :


Putu halba merupakan kueh yang paling popular di musim tengkujuh di sebelah Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu. Kebanyakkan peniaga menukar jenis jualannya buat sementara waktu semata-mata untuk mencari rezeki berganda di musim ini.

Di Kelantan kueh ini banyak dijual di pekan-pekan kecil di setiap jajahan di negeri ini, termasuk di rumah khusus untuk mencari rezeki dengan kueh ini.

Putu halba diperbuat dari ubi kayu dicampur dengan gula melaka, gula, halba dan seterusnya dicecah dengan kelapa menjadi tarikan ramai untuk dinikmatinya ketika panas.

Anda boleh SEARCH resepi kuih putu halba dengan menggunakan Search Box di bawah ini.


Antara blog-blog menarik berkenaan kuih putu halba :

Kenapa Putu Halba popular di Kelantan time musim ... - AdukaTaruna

Nov 23, 2011 - "Kenapa asal hujan jer, semua sibuk bisnes Putu Halba? Semua ... Kepada orang luar, menatang Putu Halba ni macam Putu Piring rupanya...

Ceria Resipi - Pelbagai Resipi Yang Menceriakan: Putu Halba

Sep 3, 2010 - bahan-bahan 2 cawan ubi kayu - siap diparut halus dan diperah airnya sampai kering,biar berderai 1 sudu teh halba gula merah (nnisang) ...

Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan