Sabtu, 26 Mac 2016

Sekitar Rakaman Rancangan Memasak Untuk Bulan Ramadhan Nanti






Selamat bertemu kembali kepada semua pengunjung blog Pusat Jualan Dapur Akok.  Sudah lama saya tidak meng'update'kan blog ini kerana sibuk dan tiada apa-apa yang terbaru untuk saya tulis di blog ini.

Alhamdulillah, sempena tahun 2016 ini, Pusat Jualan Dapur Akok telah melangkah setapak lagi ke hadapan.  Pihak kami telah pun dijemput untuk menjayakan demonstrasi menggunakan dapur akok di dalam usaha untuk memperkenalkan kuih tradisi negeri Kelantan.

Ianya merupakan rakaman untuk siaran satu rancangan memasak yang akan disiarkan di dalam bulan Ramadhan nanti, untuk siaran TV Al-Hijrah.  Buat masa ini, pihak kami belum lagi mendapatkan tarikh tepat untuk siaran tersebut. In Sha Allah, jika kami sudah mendapatkan tarikh tersebut, pihak kami akan mengumumkan di dalam blog ini.

Dan sekiranya pihak kami mempunyai salinan rakaman tersebut, kami juga akan meletakkan rakamannya di blog ini.  Kepada sesiapa yang rasa ingin tahu bagaimana cara untuk menggunakan dapur akok tersebut, jangan lupa saksikan rancangan tersebut pada bulan Ramadhan nanti.

Pihak kami juga memohon maaf kerana buat masa sekarang, pihak kami belum boleh menyatakan nama rancangan tersebut.


Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan