Jumaat, 26 Jun 2015

Anda ada foto menarik bersama dapur akok ?



Di bulan Ramadhan ini, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga kuih akok, sama ada di bazaar-bazaar Ramadhan, kedai-kedai sendiri dan di mana jua lokasi yang sesuai.

Di kesempatan ini, pihak kami amat mengalu-alukan kerjasama dari anda semua untuk menghantar aktiviti perniagaan anda bersama dapur akok kami.  

Apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil foto dengan telefon pintar anda dan hantarkan melalui WhatsApp kepada kami di nombor 019 - 966 8430.  Nyatakan nama perniagaan anda, contohnya Akok Warisan atau Akok Tradisi, dan lokasi anda.

Kami akan mengemaskini segmen Galeri Foto Dapur Akok di blog kami dengan foto-foto terbaru dari anda semua.  Ianya bukan sahaja membuatkan blog ini lebih menarik, malah satu cara untuk mengiklankan perniagaan anda apabila blog ini dikunjungi.

Di atas kerjasama anda semua, kami di Pusat Jualan Dapur Akok, mengucapkan jutaan terimakasih.  Dan tidak lupa juga... SELAMAT BERPUASA !

Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan