Ahad, 6 Oktober 2013

Dapur Akok Acuan Bentuk Baru / Akok Kemboja Mini / Penganan Mini / Kuih Bakar



 Harga :

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.


 Kos Penghantaran :


4 pasang : RM 190.00 [ skynet - semenanjung sahaja ]

3 pasang : RM 170.00 [ skynet - semenanjung sahaja ]

2 pasang : RM 150.00 [ skynet - semenanjung sahaja ]


 spesifikasi produk :


Bilangan lubang:
12/18/24 biji
Material acuan:
Aluminium
Material Badan:
Stainless steel dan mild steel
Jangkamasa masak:
Lebih kurang 3-5 minit sahaja
Ukuran:
Dapur 2 pasang :
p ( 23 inci ) x t ( 30 inci ) x l ( 28 inci )

Dapur 3 pasang :
p ( 33 inci ) x t ( 30 inci ) x l ( 28 inci )

dapur 4 pasang :
p ( 43 inci ) x t ( 30 inci ) x l ( 28 inci )

saiz kuih  - diameter 7 cm


 keterangan :


pertama sekali pihak kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kunjungan ke blog pusat jualan dapur akok kami.

pada sesiapa yang sering mengunjungi blog kami pasti akan dapat melihat sedikit perubahan pada rekabentuk blog kami.  dengan penambahan widget produk terbaru dan juga berita akok di laman utama blog kami.  begitu juga untuk memastikan blog kami 'loading' dengan pantas, sesetengah widget hanya akan dipaparkan pada laman utama sahaja dan tidak pada keseluruhan blog.  ini juga akan memberi ruang  kepada  pihak kami untuk menambah widget yang bersangkut paut pada produk-produk kami sahaja.

2014 semakin menghampiri,  kerana itu juga pihak kami menambah baik blog ini agar pengunjung kami akan dapat melihat segala maklumat dengan lebih mudah dan teratur.

dan oleh kerana kita bakal memasuki  tahun baru 2014 tidak lama lagi. pihak kami juga ingin mengambil peluang untuk memperkenalkan produk dapur akok kami yang terbaru iaitu akok kemboja mini, atau di terengganu, ianya lebih dikenali dengan nama penganan.

seringkali,  kita hanya melihat akok bentuk bunga kemboja ini ada dalam saiz yang besar.  kerana itu pihak kami mengambil inisiatif untuk mengecilkan saiznya, dan untuk menyesuaikan dengan dapur kami.  

selain dari bentuknya yang bersaiz kecil, cute dan comel, ianya akan menambah fungsi acuan tersebut. selain dari untuk akok/penganan mini, ianya juga boleh digunakan untuk kuih chara berlauk, atau apa sahaja yang boleh dihasilkan dengan acuan kemboja/penganan mini ini.

jika diperhatikan imej-imej yang dipaparkan,   acuan akok ini sedang dalam proses ujian. kami menggunakan dapur akok bujur untuk tujuan tersebut.

dapur akok kemboja mini / penganan mini
saiz acuan agak sedikit panjang berbanding acuan akok bujur.  oleh kerana itu harga untuk dapur akok kemboja / penganan ini agak berbeza sedikit berbanding harga dapur akok bujur/bulat. Iaitu perbezaan sebanyak RM200 sahaja. 

sebelum pihak kami memasarkan dapur akok atau acuan baru, sememangnya terlebih dahulu pihak kami akan melakukan ujian untuk memastikan dapur/acuan kami benar-benar berfungsi bagi memenuhi kehendak pelanggan.


dapur akok kemboja mini / penganan mini
seperti mana-mana acuan baru, terlebih dahulu harus dipanaskan dengan minyak / mentega selama 15 - 20 minit.  untuk mengelakkan kuih dari melekat di acuan. kelihatan dalam foto, kak zura, bagi sesiapa yang telefon/sms, kak zura ini yang menjawab segala panggilan dan sms, sedang meletakkan minyak masak di setiap lubang acuan.  saya hanya pandai besi, jadi urusan membakar akok, saya serahkan pada kak zura. ada pihak mendakwa kami mengimport produk dapur akok ini dari china. jadi untuk makluman semua, semuanya dibuat di sini.  jika diperhatikan,  ada beberapa biji badan dapur akok dalam proses pembuatan di belakang kak zura.

dapur akok kemboja mini / penganan mini
setelah acuan benar-benar panas, adunan akok dituang ke dalam acuan. sememangnya proses membakar akok menggunakan dapur keluaran kami amat senang digunakan.  dari proses menuang, mengangkat kuih yang masak, ianya senang berbanding oven.  dan saiznya yang kecil memudahkan dapur kami untuk di bawa ke mana-mana.  sama ada bazar Ramadhan, pasar tani, ekspo, kawasan perumahan, kiosk, atau jika sudah ada gerai-gerai di lokasi yang strategik.

dapur akok kemboja mini / penganan mini
kak zura sedang memeriksa kuih dan acuan sekira ada masalah. nampak gayanya tiada sebarang masalah.  bahagian tepi kuih pun sudah nampak keperang-perangan. seperti biasa, bagi yang sudah menggunakan / melihat cara penggunaan dapur akok kami, selepas bahagian bawah hampir masak, ianya harus dibalikkan untuk memastikan bahagian atas pula yang masak.  ini juga untuk memastikan sekiranya kuih melekat pada acuan, maka kami harus melakukan sedikit ubah suai pada acuan.  harap-harap tidak ! dah tak sabar nak makan kuih akok bentuk baru !

dapur akok kemboja mini / penganan mini
Alhamdulillah, tiada sebarang masalah.  dengan menggunakan sudip khas, kak zura membalikkan kuih akok yang sudah masak ke atas sudip khas tersebut.  sudip ini kegunaannya untuk memudahkan proses mengangkat kuih akok. iaitu apabila kuih sudah masak, hanya balikkan acuan ke atas sudip tersebut dan seterusnya di letakkan ke dalam bekas jualan.  



dapur akok kemboja mini / penganan mini
beginilah rupa kuih akok kemboja mini/penganan mini yang terhasil dengan acuan baru kami.  jika diperhatikan, berbeza dengan acuan akok kemboja/penganan biasa, acuan akok kami mempunyai alur bagi membentuk kelopak bunga.  tujuannya supaya ianya nampak lebih cantik dan menarik. jika anda membaca post kami 'langkah-langkah menambah pendapatan menggunakan dapur akok ianya akan bersesuaian untuk diletakkan di hotel-hotel, resort dan sebagainya, untuk buffet sempena bulan Ramadhan atau majlis-majlis rasmi.  ianya hanya bergantung kepada kreativiti dan langkah-langkah pemasaran anda.

dapur akok kemboja mini / penganan mini

ini lah hasilnya...

Ramai yang bertanyakan kami, adakah acuan akok ini boleh digunakan di dalam oven.  Harap maaf, sebab rekabentuknya tidak bersesuaian untuk kegunaan oven.  UNtuk makluman semua, acuan akok kami adalah berserta dapur.  di mana, anda hanya perlu menyambungkan kepada tong gas memasak biasa untuk menggunakan dapur akok kami.  

dan inilah dapur akok kemboja mini yang telah kami siapkan sepenuhnya.




Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan