Jumaat, 15 Julai 2016

Antara Pengusaha Akok Yang Berjaya



PASIR MAS -  Ramadhan yang baharu dilalui sememangnya mendatangkan peluang untuk menambah pendapatan kepada sesiapa sahaja yang mahu.  Begitu juga yang dilakukan oleh seorang anak muda kita yang cuma mahu di kenali sebagai Naim yang mengambil peluang dengan kedatangan Ramadhan baru-baru ini untuk menjual kuih tradisional negeri Kelantan, iaitu kuih akok.

Namun yang menarik perhatian ialah idea dan pendekatan anak muda ini dalam memasarkan kuih akok dengan mengatur beberapa unit dapur akok di bawah satu khemah yang panjang, benar-benar dapat menarik perhatian orang ramai yang melalui Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang.  Lebih tepat lagi, lokasi perniagaan beliau ialah berhadapan dengan Masjid Beijing, di Jalan Rantau Panjang.

Usaha beliau selain dari untuk menambah pendapatan keluarga, dapat juga membantu anak-anak muda lain menambah pendapatan sepanjang bulan puasa dengan mengambil upah membakar kuih akok.  Di harapkan usaha beliau menjadi satu inspirasi buat anak-anak muda lain, dan khasnya kepada pembeli-pembeli dapur akok kami yang menjalankan perniagaan di seluruh negara.

Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan