Tidak lama lagi, umat Islam di Malaysia akan menyambut kehadiran bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Dan seperti biasa, ketibaan bulan Ramadhan ini, ramai juga yang akan berlumba-lumba untuk merebut peluang bagi menambah pendapatan.
Begitu juga, Majlis-Majlis Perbandaran sudah mula mengeluarkan borang-borang permohonan untuk mereka yang berminat untuk berniaga di bulan Ramadhan nanti. Dan tidak kurang juga pemilik-pemilik kawasan yang bersesuaian untuk dijadikan tapak bazaar Ramadhan sudah mula mempromosikan kawasan mereka untuk disewa sebagai tapak perniagaan.
Untuk mereka yang berminat, diharapkan dapat merujuk kepada pihak berkuasa tempatan untuk lesen atau permit untuk perniagaan sempena bulan Ramadhan nanti.
Di sini, ingin sekali kami memaklumkan kepada pelanggan kami, sebagaimana pernah terjadi, ada pelanggan kami yang menunggu saat-saat akhir untuk menempah dapur akok dari kami. Iaitu setelah mendapat lesen perniagaan bazaar Ramadhan. Untuk makluman pelanggan kami yang budiman, tempahan pada saat-saat akhir adalah tidak digalakan kerana ianya akan menyukarkan pihak kami untuk memenuhi tempahan tersebut. Oleh kerana itu, pihak kami menggalakan para pelanggan kami yang ingin membuat tempahan dapur akok, agar dapat melakukannya lebih awal.
Pihak kami mengalu-alukan kerjasama dari pelanggan kami semua.
Terimakasih.