Sabtu, 3 Ogos 2013

JUAL KUIH AKOK, 1000 BIJI SEHARI

Jual kuih akok 1,000 biji sehari
Antara  kuih akok yang dijual


KUALA TERENGGANU – Dahulu raih RM70 sehari, kini RM200 sehari dengan menjual kuih-muih tradisional sejak aktif berniaga 12 tahun lalu.


Pemilik kedai kuih tradisional Terengganu, Norihan Malim, 43, berkata, kuih tradisional masih mendapat sambutan ramai dan dia boleh menjual terutama kuih akok sehingga 1,000 biji, penganan dalam 100 biji diikuti kuih bingka dan kuih bakar.

“Alhamdulillah, rezeki bertambah terutama pada bulan Ramadan. Selain menjual di kedai di Jalan Pasir Panjang ini, saya juga menerima tempahan terutama untuk majlis keramaian seperti perkahwinan, pertunangan dan Aidilfitri,” kata ibu 14 anak ini.

Menurutnya, kebiasaannya dia menerima tempahan pelanggan antara 200 hingga 300 biji kuih, bergantung pada majlis.

“Kuih akok dijual 50 sen sebiji, penganan saiz besar RM7 dan yang kecil RM4, kuih bingka 50 sen sebiji, kuih bakar tiga biji RM1 dan yang saiz besar RM5 sebiji,” katanya kepada Sinar Harian.

Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan