Ahad, 12 Oktober 2014

EKSPO PRODUK KELUARAN RISDA DI PASIR MAS


EKSPO JUALAN PRODUK KELUARAN RISDA DI PASIR MAS

Untuk makluman pada semua pengunjung blog kami, pada 15 dan 16 Oktober nanti, pihak Risda akan mengadakan Ekspo Jualan Produk Keluaran Risda, di mana kebanyakan peserta adalah dari kalangan PKS.

Ekspo tersebut akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas. Pelbagai aktiviti disediakan termasuk pameran produk dari peserta dibawah bimbingan Risda.


Pertandingan mengira biji getah dan berat daun getah yang telah diproses juga diadakan dengan menawarkan pelbagai hadiah yang menarik!

Adalah diharapkan kepada semua  supaya dapat meluangkan masa dan mengunjungi ekspo ini beramai-ramai, disamping dapat membeli pelbagai barangan dengan harga yang murah, malah dapat juga melihat peluang-peluang yang disediakan oleh pihak Risda dalam membantu menambah pendapatan.


Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan