Tags :
Dahulu raih RM70 sehari, kini RM200 sehari dengan menjual kuih-muih tradisional sejak aktif berniaga 12 tahun lalu.
Pemilik kedai kuih tradisional Terengganu, Norihan Malim, 43, berkata, kuih tradisional masih mendapat sambutan ramai dan dia boleh menjual terutama kuih akok sehingga 1,000 biji, penganan dalam 100 biji diikuti kuih bingka dan kuih bakar.
“Alhamdulillah, rezeki bertambah terutama pada bulan Ramadan. Selain menjual di kedai di Jalan Pasir Panjang ini, saya juga menerima tempahan terutama untuk majlis keramaian seperti perkahwinan, pertunangan dan Aidilfitri,” kata ibu 14 anak ini.
Menurutnya, kebiasaannya dia menerima tempahan pelanggan antara 200 hingga 300 biji kuih, bergantung pada majlis.
“Kuih akok dijual 50 sen sebiji, penganan saiz besar RM7 dan yang kecil RM4, kuih bingka 50 sen sebiji, kuih bakar tiga biji RM1 dan yang saiz besar RM5 sebiji,” katanya kepada Sinar Harian. Kuih Akok adalah kuih tradisional yang tersohor di negeri Che Siti Wan Kembang, negeri kelahiranku. Akok yang sedap biasanya lemak, lembut dan berkedut kedut rupanya. Masih ingat lagi kuih Akok yang sedap di jual di pasar Bachok sehinggakan my sister order kuih Akok untuk majlis pernikahan beliau. Tapi kini nak cari akok yang benar benar sedap di Bachok atau Jelawat, tak ada lagi. Semuanya macam dah short cut, bakar guna oven elektrik jer, bukan lagi dapur kayu dengan sabut seperti dulu dulu.
Tapi di KL ni, ada tempat yang menjual akok yang sedap. Nak tahu di mana? Tempatnya ialaaah... hehehe kasi suspen sikit. Saya kalau setiap kali ke sini, mesti bungkus 2 atau 3 bungkus akok untuk dibawa balik ke pejabat atau rumah. Dalam kereta tu, tentunya beberapa biji dah missing. Hmm maknanya sedap lah tu. Petang ni teringin Pulak rasanya nak makan kuih akok yang tersohor di Kelantan tu. Dengan pantas sy pon carilah resepinya. Cari punya cari terbekenan lah resepi dari blog aziejaya yang kebetulan berasal dari Kelantan nun. Dan inilah hasilnya..
Kuih akok sangat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang.Tanya saja kepada orang Kelantan, mesti mereka akan menggemari kuih tradisional negeri kelahirannya.Bagi orang klate yang tinggal di negeri lain sudah semestinya akan merindui kuih akok ni.Biasanya kuih akok yang dibeli tidak menepati citarasa.Kebanyakan akan rasa lebih tepung dan kurang lembut.
Kali ni saya berusaha untuk membuat sendiri kuih akok ni menggunakan resepi yang diberikan oleh bonda.Amek resepi time CNY aritu lagi.Tak tak terbuat juga.Alasannya sebab tiada acuan kuih akok.Pastu bila adik saya Ayunalisa message megatakan bonda ada bertanya dah berjaya ke buat kuih akok, terus rasa semangat nk buat.Tak boleh jadi ni..bonda wat tindakan susalan rupanya.Apa lagi terus la godek2 buat kuih akok.Acuan??Tiada rotan, akar berguna jugak.Saya gunakan acuan muffin dan acuan tart untuk membuat akok ni.Hasilnya memang sedap sangat.
Walaupun masih berpantang, saya sebolehnya masak untuk berbuka. Ini kerana memikirkan suami dan anak-anak yang berpuasa. Boleh aje nak beli, tapi tau ajelah. Masakan beli ni tidak kadang-kadang tak menepati citarasa kami. Terpedas ke, tertawar ke, dll. Tambahan harga masakan siap ni cukup mahal. Tak berbaloi untuk kami 5 beranak ni (baby auni mujur tak makan lagi).
dapur akok
dapur akok
kuih akok
resepi kuih akok
pusat jualan dapur akok