Sabtu, 6 September 2014

Padah curi coli, seluar dalam wanita

padah curi bra, seluar dalam wanita
Suspek menutup muka ketika ditahan polis

KAMPAR - Mahkamah Majistret Kampar semalam menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM3,000 atau tujuh bulan penjara ke atas seorang buruh yang mengaku bersalah ke atas dua pertuduhan memiliki harta curi iaitu pakaian dalam wanita.


Majistret, Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam menjatuhkan hukuman itu terhadap M Nagenthiran, 28, dari Perumahan Awam, Malim Nawar di sini, mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan pilihan, Nagenthiran dituduh memiliki harta curi milik Wong Yuet Fong, 41, iaitu tujuh helai baju dalam pelbagai warna, sehelai baju T dan sehelai seluar dalam bernilai RM100.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi di No.C-30, Perumahan Awam 2, Malim Nawar, di sini, pada jam 3 pagi, 3 September lalu.

Nagenthiran juga dituduh melakukan perbuatan sama pada hari yang sama dan masa sama namun kegagalannya untuk memberi keterangan berhubung bagaimana dia mendapatkan barangan curi.

Berikutan itu dia turut didakwa Seksyen 29 (1) Undang-undang Kesalahan Kecil iaitu gagal memberi keterangan berhubung barang yang dimiliki.

Mohamad Ibrahim kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau enam bulan penjara ke atas pertuduhan pilihan dan denda RM500 atau sebulan penjara bagi kesalahan kedua.

Terdahulu, Nagenthiran memohon kepada mahkamah supaya hukuman ringan dikenakan ke atasnya memandangkan dia tidak mampu untuk membayar jumlah denda yang tinggi.

Dia turut memberitahu pendapatannya sebagai buruh kasar agak rendah selain perlu menanggung ibu serta seorang adik perempuan orang kurang upaya (OKU).

Dia turut berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Loke Kok Mun dan Nagenthiran tidak diwakili peguam.


:-) namun tidak tahu apa sebabnya yang menyebabkan suspek mencuri bra dan seluar dalam wanita.  Kalaulah anda mempunyai pakaian dalam yang cantik, seperti di  http://www.butikbrawanita.com
kena sidai kat dalam rumah la baru selamat! Memang cantik-cantik koleksi bra di situ...

Aneka Produk Lain Yang Kami Pasarkan